Kehidupan Awal Yusuf_Rawa

Beliau dikagumi kerana pemikirannya yang tajam yang boleh mengupas segala persoalan walaupun rumit bagi sesetengah pihak. Beliau dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Beliau pada mulanya belajar di Sekolah Melayu di Jalan Carnavon, kemudian berpindah ke Sekolah Chowrasta. Di peringkat menengah pula beliau memasuki sekolah Inggeris iaitu Government English School kemudian sambung ke Penang Free School sehingga memperolehi Junior Cambridge.

Melihat kecerdikannya dalam bahasa Inggeris, lantas membuatkan ayahnya mengambil keputusan untuk menghantar beliau melanjutkan pelajaran ke Makkah. Di sana, ternyata beliau tidak menghampakan impian keluarganya apabila cemerlang memperolehi Diploma Thaqasur Al-Deeni dari Maadul Falah. Selepas itu beliau kembali ke tanah air untuk membantu mengembangkan perniagaan bapanya sebelum melibatkan diri secara langsung dalam politik.